Hai!!! Post kali ini merupakan tugasan yang diberikan kepada kumpulan kami iaitu KEBURUKAN KOMPUTER . Jadi inilah hasilnya.. hehe . Sila-silalah jenguk... :))
Nampak tak keburukannye disitu . HEHE :D |
Seperti mana yang kita tahu komputer ialah suatu perangkat elektronika yang dapat menerima dan mengolah data menjadi informasi, menjalankan program yang tersimpan dalam memori, serta dapat bekerja secara automatik dengan aturan tertentu . Jadi apa pula yang dimaksudkan dengan keburukan komputer? Keburukan komputer ialah perkara yang boleh memberi impak negatif kepada individu, masyarakat dan negara.
Pertama sekali keburukan komputer ialah komputer menjadi tempat penyebaran dakyah jahat . Hal ini kerana wujudnya laman-laman web yang agak keterlaluan. Contohnya, ada laman web Injil yang diselewengkan dalam Bahasa Malaysia yang menyesatkan fahaman pengikut agama lain atau ajaran sesat seperti yang dilakukan oleh mubaligh-mubaligh kristian. Mereka memberi maklumat palsu untuk kepentingan puak tertentu. Malah terdapat juga laman web yang mengajar cara-cara membuat bom seperti yang diusahakan oleh kumpulan mafia 'Trench Coat'.
Komputer juga merupakan medium penyebaran virus . Terutama penyebaran melalui penghantaran e-mel seperti virus Mutant, Melissa dan yang terbaru adalah virus CIH yang menyerang sistem komputer hingga lumpuh keupayaannya. Kesannya ia boleh menyebabkan sistem sesebuah PC rosak.
Virus Paling Bahaya -.- |
Keburukan komputer yang ketiga ialah ia membuatkan produktiviti syarikat menurun. Mutakhir ini seringkali dibicarakan sebagai satu faktor yang menyumbang ke arah menurunnya produktiviti syarikat jika pekerja lebih kepada melayan kepada rangkaian sosial di internet seperti Facebook, Twitter, Skype dan lain-lain. Jika ramai yang melakukannya ia akan membarah dan akhirnya kos operasi juga akan meningkat ekoran penggunaan sumber yang tidak betul.
Bagi perspektif kami pula, kami sekumpulan merasakan komputer ini boleh menyebabkan kami sebagai pelajar leka dan banyak masa terbuang disebabkan penggunaan komputer yang berlebihan. Adanya Facebook, Twitter, malah Skype yang penggunaannya sebagai webcam makin meluas dalam kalangan pelajar.
Selain itu, kami juga berpendapat, dengan adanya laman-laman web yang berbentuk lucah atau pornografi juga menyebabkan berlakunya perlakuan tidak sihat terutama kepada remaja belasan tahun. Ia telah menjadi satu isu yang sensitif dan internet pula membenarkan laman-laman web tersebut di access tanpa had. Ia sudah tentu boleh melekakan masyarakat Islam dari kehidupan yang sihat.
Komputer juga boleh menyebabkan mata letih dan badan menjadi lesu. Pelajar akan sering duduk di hadapan komputer untuk melakukan tugasan. Pekerja juga akan duduk di hadapan komputer untuk melakukan kerja. Jadi semua ini akan menyebabkan mata akan menjadi rabun dan letih.
|
Komputer dan manusia tidak dapat dipisahkan :D |
Maaf, anda yakin ke orang Kristian yang menyebarkan maklumat palsu dan memberi ajaran sesat kepada agama lain? Mana bukitnya? Orang Kristian di Malaysia tidak pernah memberi ajaran sesat kerana itu bukan cara kami. Lagipun memang sudah lama kami guna Bahasa Malaysia dalam bible kami. Bible itu khas untuk orang kami sahaja. Tidak semestinya kami menggunakan Bahasa Inggeris untuk sembahyang. Setiap agama ada cara mereka sendiri. Harap budak sekolah yang tengah cari maklumat pasal keburukan komputer tidak menulis isi pertama tu dalam karangan mereka kerana itu bukan fakta. Mohon pemilik blog ni juga cari isi lain selain daripada isi tersebut. Ini la punca wujudnya sikap perkauman di Malaysia.
ReplyDelete