Tempat baru, dunia baru dan hari ini kelas baru. APLIKASI KOMPUTER atau lebih popular COMPUTER APPLICATIONS . Wow aplikasi komputer! Nama subjek pun memang dah nampak best kan? Hari ni kelas memang syok sangat sebab kami semua diajar membuat blog. Walaupun sebelum ini saya dah ada blog, tapi Puan Faridatul ajar lagi mendalam. Puan ajar kami guna 'compose' dan 'HTML' yang sebelum saya memang tak tahu beza kedua-duanya. Kemudian 'upload' video di YOUTUBE, tambah gadget di sidebar dan macam-macam lagi . Tapi malangnya tadi disebabkan semua komputer buka dalam satu masa dan line internet agak perlahan tadi, ramai pelajar yang tersangkut masa nak create blog . Saya pun antara mangsa-mangsanya. Tadi dua tiga orang sahaja dapat buat blog . Pelajar lain semua mengalami masalah 'TEKANAN PERASAAN', sebab bila kami klik 'create blog' , mesti keluar invalid . Tapi tak apa, tengah tunggu lama sangat tu, Puan Faridatul meminta kami semua memperkenalkan diri . Beritahu nama, kolej mana, asal dan dulu dari institusi mana . Kebanyakan pelajar dari KOLEJ MATRIKULASI PERLIS (KMP). Saya pun antara orangnya . hehe . Selesai berkenalan, saya masih tak boleh nak create blog . Ada sedikit sahaja yang sudah boleh buat blog . Akhirnya Puan Faridatul menyuruh kami semua buat di bilik sahaja . Selepas itu kami diminta pecah kepada beberapa kumpulan . Satu kumpulan ada dalam 5 orang . Kami diberi tugasan yang bertajuk DISADVANTAGES OF COMPUTER . Kami perlu berbincang dalam kumpulan dan masukkan ke dalam entry kedua kami dalam blog ini . Nantikan ye... Setelah berbincang dalam kumpulan kami diberi pelepasan untuk beransur pulang . Akhir sekali, terima kasih Puan Faridatul atas tunjuk ajar kepada kami dalam membuat blog pada hari ini . InsyaAllah kami dapat membuat satu blog yang terbaik antara yang terbaik . =D
|
Alhamdulillah tadi tiada siapa yang buat macam ni =) |
|
lelaki, mungkin.. hehe =D |
kena biasakan diri dgn lab 3 yang sentiasa networknya slow....
ReplyDeletehehe saya tak tertekan sangat pun . saja je . =D
Delete